Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus bakeri anjuran Wanita PBB Bukit Saban bimbing wanita Paku ceburi dunia niaga 
  • Tengah
  • WILAYAH

Kursus bakeri anjuran Wanita PBB Bukit Saban bimbing wanita Paku ceburi dunia niaga 

Utusan Sarawak 3 hours ago
SERAMAI 53 peserta daripada tujuh rumah panjang menyertai kursus sehari itu yang memberi tumpuan kepada kemahiran asas pembuatan kuih dan roti bun. Foto: DUN Bukit Saban

SPAOH: Kursus membuat roti bun anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban di Ranting Anyut, Rumah Lempaong Anyut, Paku hari ini disasarkan sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita desa.

Seramai 53 peserta daripada tujuh rumah panjang iaitu Rumah Lempaong, Rumah Engkrebai, Rumah Udau, Rumah Nanam, Rumah Sungai Rian, Rumah Linggit dan Rumah Belabak menyertai kursus sehari itu yang memberi tumpuan kepada kemahiran asas pembuatan kuih dan roti bun.

Peserta dibimbing oleh Chef Jane, seorang baker berpengalaman 25 tahun dan kini berkhidmat di Yahos School of Skills, melalui sesi teori dan praktikal bagi memastikan mereka mahir dari segi resipi, teknik serta aspek kebersihan dan kualiti produk.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah berkata, kursus itu dirangka bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, tetapi sebagai langkah awal membina keyakinan wanita untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Harapan kami ialah supaya peserta berani mengambil langkah seterusnya, sama ada memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah atau secara berkumpulan, agar kemahiran yang dipelajari hari ini dapat diterjemahkan kepada sumber pendapatan keluarga,” katanya.

Natasha menambah bahawa Wanita PBB Bukit Saban akan terus bekerjasama dengan agensi dan rakan latihan yang berkaitan bagi menyediakan lebih banyak program pemerkasaan ekonomi wanita, selaras dengan keperluan komuniti luar bandar yang mahu berdikari dan menambah pendapatan.

Program berkenaan turut meriah dengan kehadiran ahli jawatankuasa cawangan serta Setiausaha Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, Betrice Sering, yang bersama-sama menyantuni peserta sepanjang sesi berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Semangat kebersamaan kunci tangani gejala kurang sihat terutamanya di sekolah
Next: APM Spaoh laksanakan pemantauan awal kawasan berisiko banjir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.