Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dataran budaya baharu bernilai RM1 juta bakal pacu aktiviti komuniti di Maludam  
  • Tengah
  • WILAYAH

Dataran budaya baharu bernilai RM1 juta bakal pacu aktiviti komuniti di Maludam  

Utusan Sarawak 2 hours ago
DAYANG Noorazah telah hadir menyempurnakan Majlis Serah Tapak Projek Bina Baharu Dataran Budaya serta kerja-kerja Berkaitan di Maludam, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga 

MALUDAM: Majlis Serah Tapak Projek Bina Baharu Dataran Budaya Maludam bernilai RM1 juta hari ini menandakan satu lagi komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur komuniti dan mempertingkat kemudahan untuk penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, berkata projek baharu itu akan menjadi ruang serba guna bagi penganjuran aktiviti kebudayaan, program kemasyarakatan serta pelbagai inisiatif komuniti yang memberi manfaat langsung kepada penduduk Maludam.

Menurutnya, setiap projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dirancang dengan teliti supaya memberi impak sebenar kepada kesejahteraan rakyat, terutama dalam usaha menambah baik prasarana asas di konsituensi terbabit.

“Saya berharap semua projek yang dirancang dapat dipermudahkan proses pelaksanaannya sehingga siap sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat.

“Terima kasih kepada semua agensi yang telah menunjukkan kerjasama erat dalam merealisasikan agenda pembangunan ini,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Dayang Noorazah turut memaklumkan bahawa lima projek pembangunan utama bakal dilaksanakan di Maludam dan Triso di bawah pentadbiran DUN Lingga, merangkumi aspek mitigasi banjir, pembangunan infrastruktur serta kemudahan komuniti.

Antara projek tersebut ialah projek mitigasi banjir bagi penempatan utama sepanjang Jalan Susur di Jalan Pesisir Maludam–Triso; pembinaan baharu sistem saliran dan perparitan di kawasan perkampungan Maludam; pembinaan Dataran Budaya Maludam bernilai RM1 juta; pembinaan Pusat Pembangunan Wanita dan Ibu Kampung Triso (dijangka siap Julai 2026) dan pembinaan Pusat Komuniti JKKK Kampung Triso (dijangka siap Julai 2026).

Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan projek-projek ini adalah bukti kesungguhan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar melalui pembangunan berfasa dan berimpak tinggi.

Majlis serah tapak tersebut turut dihadiri pegawai Pejabat Residen Bahagian Betong, Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), para penghulu, ketua kampung, wakil kontraktor serta penduduk tempatan yang hadir memberikan sokongan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pemimpin Subis digesa proaktif jelaskan status projek rakyat
Next: Ular sawa 16 kaki ditangkap APM Saratok di perumahan Jalan Malong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.