Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Saratok digesa manfaatkan peluang disediakan MPB dalam industri lada
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk Saratok digesa manfaatkan peluang disediakan MPB dalam industri lada

Utusan Sarawak 1 hour ago
DATO’ Anyi Ngau merasmikan Seminar Promosi Tanaman Lada 2025 anjuran MPB yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok, semalam. Foto: MPB

SARATOK: Penduduk setempat khususnya di daerah ini wajar memanfaatkan sepenuhnya peluang serta insentif yang disediakan kerajaan melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) dalam memperkukuh pembangunan sektor huluan dan hiliran lada di negeri ini.

Pengerusi MPB, Dato’ Anyi Ngau berkata penglibatan aktif masyarakat dalam program yang digerakkan MPB mampu meningkatkan hasil, kualiti serta nilai pasaran lada, seterusnya memberi pulangan ekonomi yang lebih mampan kepada pengusaha tempatan.

Beliau turut menggesa semua pekebun dan pengusaha tanaman lada untuk tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi pertanian, dengan menekankan bahawa penggunaan teknologi moden dalam pengurusan dan penyelenggaraan tanaman mampu mengurangkan kos serta meningkatkan produktiviti.

Menurutnya, kemampuan industri lada negara untuk kekal berdaya saing bergantung kepada kesediaan pengusaha memanfaatkan inovasi termasuk sistem tanaman pintar, teknik agronomi baharu dan amalan pascatuai yang lebih efisien.

FOTO: MPB

“Kerajaan melalui MPB menyediakan pelbagai bentuk sokongan, program latihan serta bantuan teknikal. Peluang ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya demi kelangsungan industri lada dan peningkatan pendapatan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Promosi Tanaman Lada 2025 anjuran MPB yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, di sini semalam.

Program berkenaan, jelas beliau, turut menekankan peranan MPB dalam keseluruhan ekosistem pembangunan industri lada negara serta memperkukuh jalinan kerjasama bersama komuniti setempat di Saratok.

Diantara pengisian program tersebut ialah taklimat berkaitan peranan, fungsi, jenis-jenis bantuan yang boleh dimohon daripada MPB disamping pameran-pameran produk hiliran yang dihasilkan oleh anak Syarikat MPB iaitu Saraspice.

Pada Majlis tersebut MPB turut menyampaikan bantuan kepada lima penerima berjumlah RM290,000.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik; Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia, Vincent Sawat; Timbalan Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang; Pegawai Daerah Saratok, Mohamad Dino Amid; ketua-ketua jabatan; Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK); Ahli-Ahli Majlis Daerah Saratok dan 200 peserta Seminar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Padang SK Kupang bakal berwajah Baharu, perkukuh usaha naik taraf sekolah di DUN Kalaka
Next: Pemimpin Subis digesa proaktif jelaskan status projek rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.