Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Padang SK Kupang bakal berwajah Baharu, perkukuh usaha naik taraf sekolah di DUN Kalaka
  • WILAYAH

Padang SK Kupang bakal berwajah Baharu, perkukuh usaha naik taraf sekolah di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 1 hour ago
KAUNSELOR Aton Tar yang mewakili ADUN Kalaka pada majlis ringkas serah tapak projek naik taraf Padang SK Kampung Kupang, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan Sarawak menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) terus komited memperkukuh infrastruktur pendidikan luar bandar apabila projek naik taraf padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kupang kini memasuki fasa pelaksanaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan merupakan antara keutamaan bagi tahun ini bagi memastikan kemudahan sukan dan rekreasi yang lebih selesa dapat dinikmati warga sekolah dan penduduk sekitar.

Menurut beliau, majlis ringkas serah tapak projek tersebut telah disempurnakan oleh Kaunselor Aton Tar yang mewakilinya, bersama agensi pelaksana projek iaitu Majlis Daerah Saratok serta kontraktor yang dilantik melalui proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Syukur Alhamdulillah, tidak lama lagi Padang SK Kampung Kupang akan berwajah baharu.

“Projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah, malah kepada komuniti di tiga kampung iaitu Kampung Kupang Hulu, Kampung Kupang Tengah dan Kampung Hilir Kupang yang menggunakan padang ini untuk beriadah dan menjalankan pelbagai aktiviti sukan,” katanya.

Mohamad Duri menegaskan bahawa usaha menaik taraf kemudahan pendidikan serta sekolah daif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka akan terus diberi perhatian.

“Menaik taraf sekolah di konstituensi ini kekal sebagai agenda utama saya. Kita mahu guru dan murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan selamat,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengakui peruntukan yang terhad menyebabkan tidak semua bangunan uzur dapat dibaik pulih secara menyeluruh dalam tempoh singkat.

“Oleh itu, saya sentiasa berhubung dengan kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan sekolah-sekolah di Kalaka mendapat projek baik pulih atau pembinaan baharu mengikut keutamaan dan tahap kerosakan,” katanya.

Jelas beliau, sejak diberi mandat sebagai wakil rakyat, kebanyakan sekolah di DUN Kalaka telah menerima peningkatan infrastruktur menerusi peruntukan kerajaan negeri di bawah RTP yang diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menambah, RTP bukan sahaja memacu pembangunan di kawasan luar bandar, bahkan menjadi bukti komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan dan memastikan jurang kemudahan antara sekolah bandar dan luar bandar tidak terus melebar.

Majlis serah tapak yang berlangsung hari ini turut dihadiri Guru Besar SK Kampung Kupang, Maseri Mat Nor, serta Ketua Kampung Majenan, Ketua Kampung Mahmud dan Ketua Kampung Japri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap sambut baik projek naik taraf saliran di Taman Happy Valley
Next: Penduduk Saratok digesa manfaatkan peluang disediakan MPB dalam industri lada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.