Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan tingkatkan ruang pembelajaran di SJK(C) Chung Hua Sungai Lubak
  • Selatan
  • WILAYAH

Sumbangan tingkatkan ruang pembelajaran di SJK(C) Chung Hua Sungai Lubak

Utusan Sarawak 1 hour ago
MICHAEL Kong(tiga kiri) menyampaikan replika cek kepada Lembaga Pengurusan dan wakil SJK (C) Chung Hua Sungai Lubak.

KUCHING: SJK(C) Chung Hua Sungai Lubak menerima RM31,962.00 bagi membantu menaik taraf sudut bacaan sekolah dengan perabot baharu serta bahan pembelajaran lain.

Pembantu Khas kepada YB Chong Chieng Jen, Michael Kong berkata sumbangan itu bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan menarik bagi menggalakkan murid membentuk tabiat membaca.

“Pada masa ini kanak kanak sentiasa dikelilingi gajet dan video pendek. Oleh itu penting untuk kita membantu mereka kembali menghargai keseronokan membaca.

“Membaca membina tumpuan, kefahaman, kreativiti dan pemikiran kritikal, iaitu kualiti yang tidak dapat diganti oleh jalan pintas digital,” katanya.

Kong turut memuji komitmen pihak sekolah dalam memupuk literasi serta menyediakan pendidikan yang seimbang.

Beliau berkata sokongan akan diteruskan bagi memastikan murid menikmati ruang pembelajaran yang positif dan bermakna.

Majlis penyerahan cek diadakan bersama Lembaga Pengurusan dan wakil SJK(C) Chung Hua Sungai Lubak.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: LHDN Miri anjur Program Komuniti Bergerak di Marudi mulai esok
Next: Wilfred Yap sambut baik projek naik taraf saliran di Taman Happy Valley

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.