Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 5.7 skala Richter ragut tiga nyawa di Dhaka
  • GLOBAL

Gempa bumi 5.7 skala Richter ragut tiga nyawa di Dhaka

Utusan Sarawak 3 hours ago
PARA penduduk berdiri di sebuah lorong setelah mengosongkan rumah mereka yang terletak bersebelahan perancah yang tumbang susulan gempa bumi di Dhaka, Bangladesh, 21 November 2025. Foto Agensi

DHAKA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila pagar penghadang sebuah bangunan runtuh menimpa mereka selepas gempa bumi kuat melanda kawasan Koshaituli, Dhaka pada Jumaat, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Lalbagh Polis Metropolitan Dhaka, Mallik Ahsan Uddin Sami berkata identiti mangsa belum dapat disahkan.

Selain itu, ramai pekerja di beberapa kilang di Gazipur dilaporkan cedera ketika mereka bergegas keluar menyelamatkan diri sewaktu gegaran berlaku.

Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan Dhaka dan beberapa kawasan lain di Bangladesh pada pagi Jumaat, menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD).

Gegaran berlaku sekitar 10.38 pagi dan berlanjutan hampir satu minit.

Menurut BMD, pusat gempa terletak 13 kilometer di timur Pusat Seismik BMD di Agargaon, Dhaka.- Bernama-UNB

Continue Reading

Previous: Miss Mexico menang Miss Universe di Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.