
MARUDI: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri akan menganjurkan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak @Marudi bermula esok hingga Ahad di Dataran Marudi.
Menurut kenyataan LHDN Miri, program itu akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang esok, manakala pada Ahad dibuka dari 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kaunter urusan percukaian dan e-Invois. Selain itu, Pejabat Hasil Miri turut membuka kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tujuan semakan, permohonan dan kemas kini kelayakan bagi Fasa 1 STR 2026.
Masyarakat setempat khususnya penduduk Marudi dijemput hadir ke program tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
Oleh Jiku Juguong