Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Sebutan semula kes mekanik didakwa bunuh kanak-kanak di Rampangi 7 Januari
  • MAHKAMAH

Sebutan semula kes mekanik didakwa bunuh kanak-kanak di Rampangi 7 Januari

Utusan Sarawak 2 hours ago
MAHKAMAH Majistret hari ini menetapkan 7 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes seorang mekanik Mohammad Shukri Ryan, 32, yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan kenalan wanitanya yang berusia tiga tahun berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan lepas. Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali memutuskan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng memaklumkan bahawa laporan bedah siasat mangsa masih belum diperoleh. Beliau didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan kenalan wanitanya yang berusia tiga tahun berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan lepas. Foto BERNAMA

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 7 Januari tahun depan untuk sebutan semula  kes seorang mekanik yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan lepas. 

Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng memaklumkan bahawa laporan bedah siasat mangsa masih belum diperoleh. 

Mohammad Shukri Ryan, 32, yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin, di rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah pada 7.45 malam, 7 Oktober lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan mangsa merupakan anak kepada rakan wanita tertuduh.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki didenda jual produk rokok tidak mematuhi peraturan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.