Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banduan larikan diri dari Penjara Sri Aman, polis aktifkan Op Tutup
  • TEMPATAN

Banduan larikan diri dari Penjara Sri Aman, polis aktifkan Op Tutup

Utusan Sarawak 7 hours ago
JOHN Sambang Sangau melarikan diri dengan memanjat pintu pagar sementara Projek Anti Pendakian di belakang Blok Rahmat 3 ketika berada dalam kawasan penjara. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Polis mengaktifkan Op Tutup dan melaksanakan sekatan jalan raya di KM7 Jalan Sri Aman–Kuching susulan kejadian seorang banduan melarikan diri dari Penjara Pusat Sri Aman sekitar 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superitenden Dennis Bunyam berkata, banduan terbabit, John Sambang Sangau, 38, melarikan diri dengan memanjat pintu pagar sementara Projek Anti Pendakian di belakang Blok Rahmat 3 ketika berada dalam kawasan penjara.

Beliau berkata, banduan itu sedang menjalani hukuman di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak 20 Oktober 2025 dan sepatutnya tamat hukuman pada 24 Januari 2026.

“Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri tanpa memakai baju, hanya berseluar panjang warna hijau,” katanya.

Kejadian disedari anggota bertugas sebelum usaha pencarian awal dilakukan namun gagal mengesan suspek. Pihak penjara kemudian membuat laporan polis pada 8.34 pagi di Balai Polis Sri Aman.

Susulan itu, polis mengaktifkan Op Tutup serta mengerahkan semua balai polis di sekitar daerah untuk melaksanakan Op Kesan bagi mengepung dan memburu suspek.

“Bantuan turut dimohon daripada Unit Anjing Pengesan (K9) IPK Sarawak dan Pasukan Gerakan Am Batalion 23 bagi operasi mengesan suspek,” jelasnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak perkukuh kebajikan anggota, salur bantuan kepada waris dan pegawai bomba
Next: Persiapan kunjungan hormat Premier Sarawak, fokus Projek Symposium Batang Lupar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.