Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi Bersepadu AADK di Sungai Asap: 28 ditahan, dua sarang dadah dimusnahkan
  • JENAYAH

Operasi Bersepadu AADK di Sungai Asap: 28 ditahan, dua sarang dadah dimusnahkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
Petugas AADK Sarawak melakukan sesi ‘Home Visit’ bersama seorang klien di salah sebuah rumah panjang di Sungai Asap.

BELAGA: Seramai 28 individu, termasuk tiga warga Indonesia, ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak di kawasan Sungai Asap dari kelmarin hingga semalam.

Operasi Cegah Khas itu dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Kapit. 

Operasi turut memusnahkan dua lokasi dipercayai menjadi sarang pengedaran dadah dengan kerjasama ketua masyarakat.

Anggota penguat kuasa AADK meninjau sebuah struktur usang di kawasan hutan yang dipercayai digunakan bagi aktiviti penyalahgunaan dadah.

Dalam usaha memperkukuh pemulihan klien, Cawangan Rawatan dan Pemulihan AADK Sarawak turut menjalankan lawatan ‘Home Visit’ di empat rumah panjang, bagi menilai perkembangan serta meningkatkan sokongan keluarga.

Pegawai AADK Sarawak memeriksa lokasi terbuka yang disyaki menjadi lokasi penagihan ketika operasi di kawasan Sungai Asap, Belaga.

Program Libat Urus Komuniti di Dewan Rumah Panjang Kulit pula menarik penyertaan lebih 200 penduduk dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah, bersama Pengarah AADK Sarawak, Abdul Hamediee Ibrahim.

AADK Sarawak komited untuk meneruskan usaha pencegahan dan pemulihan melalui pendekatan operasi berfokus dan penglibatan komuniti secara meluas.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lapan lelaki ditahan BSJN Bau dalam Op Tapis Khas dan Op Waran Tangkap
Next: Polis rampas pedang, senapang patah dan peluru susulan kes khianat di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.