Gempa bumi sederhana landa Utara Halmahera, Indonesia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Ritcher  melanda kawasan Utara Halmahera, Indonesia pada 12.19 tengah hari tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia( MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 94 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 105km utara dari Ternate, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama