Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan BSJN Mukah dalam Op Tapis Khas
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan BSJN Mukah dalam Op Tapis Khas

Utusan Sarawak 5 hours ago

POLIS IPD MUKAH…Menahan tiga IPD Mukah menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing kerana disyaki memiliki dadah dalam Op Tapis Khas, semalam. Foto kredit IPD Mukah

MUKAH: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Mukah menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing selepas mereka disyaki memiliki dadah dalam operasi Op Tapis Khas, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kes pertama merupakan tangkapan seorang lelaki warga asing berumur 24 tahun di hadapan hotel bajet Jalan Boulevard Setiaraja.

Menurutnya, serbuan dijalankan sekitar 1.00 tengah hari, hasil pemeriksaan ke atas

suspek telah menjumpai satu keratan tiub straw lutsinar dan satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine. 

“Anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah 1.14 gram dengan anggaran nilai RM200. Ujian urin yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, kes disiasat di bawah Deksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

“Suspek yang bekerja sebagai buruh direman selama empat hari sehingga 24 November 2025 bagi melengkapkan siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam kes kedua, katanya, merupakan tangkapan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun di simpang tiga jalan ladang sawit Jalan Mukah-Selangau.

“Serbuan sekitar 12.50 tengahari, hasil pemeriksaan telah menjumpai satu keratan tiub lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat dadah yang dirampas adalah 0.30 gram dan anggaran nilai RM150.  

“Ujian urin ke atas suspek mendapati beliau positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Suspek yang tidak bekerja direman empat hari sehingga 24 November 2025 bagi melengkapkan siasatan,” jelasnya.

Katanya lagi, dalam kes tiga merupakan tangkapan seorang lelaki warga tempatan berumur 34

tahun di simpang tiga jalan ladang sawit Jalan Mukah-Selangau.

“Serbuan sekitar 1.00 tengah hari, hasil pemeriksaan telah menjumpai satu keratan tiub lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat dadah yang dirampas adalah 0.11 gram dan anggaran nilai RM110. 

“Ujian urin ke atas suspek mendapati beliau negatif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, suspek yang juga tidak bekerja di reman empat hari sehingga 24 November 2025 bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: APMM Zon Maritim Bintulu tahan bot penumpang beroperasi tanpa nakhoda
Next: Lapan lelaki ditahan BSJN Bau dalam Op Tapis Khas dan Op Waran Tangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.