Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja warga asing ditahan positif dadah di Lawas
  • JENAYAH

Remaja warga asing ditahan positif dadah di Lawas

Utusan Sarawak 9 hours ago
TANGKAPAN DADAH… Remaja warga asing ditangkap bersama 0.36 gram dadah jenis syabu

LAWAS: Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, menahan seorang remaja warga asing berusia 19 tahun atas kesalahan dadah, semalam.

Menurut DSP Liong, tangkapan dilakukan pada sekitar 1.40 petang di sini, selepas suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Semasa pemeriksaan, polis merampas satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.36 gram.

TANGKAPAN DADAH… Remaja warga asing ditangkap bersama 0.36 gram dadah jenis syabu

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth.

Semakan rekod juga menunjukkan suspek tiada kesalahan lampau.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jururawat di Sibu lesap RM154,000 ditipu ‘pegawai polis dari Kelantan’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.