Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembersihan saliran Jalan Ming Chiang siap dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembersihan saliran Jalan Ming Chiang siap dilaksanakan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIAP PROJEK….Wong Soon Mee (tiga kiri) menyaksikan penyerahan siap projek pembersihan saliran. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Usaha meningkatkan sistem perparitan luar bandar terus diperkukuh apabila kerja pembersihan saliran di Jalan Ming Chiang, Sungai Meradong berjaya disiapkan.

Kerja tersebut dilaksanakan hasil perhatian berterusan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, kerja pembersihan tersebut dilaksanakan melalui kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei bagi menangani masalah air bertakung, aliran air tidak lancar serta halangan pada sistem perparitan yang sejak beberapa tahun ini menjejaskan penduduk setempat.

“Kerajaan akan terus memastikan isu perparitan, banjir kilat dan kemudahan asas diberi perhatian menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

“Isu perparitan, banjir kilat dan kemudahan asas sentiasa menjadi keutamaan saya. 

“Kerajaan akan memastikan masalah seperti ini ditangani secara menyeluruh dan berperingkat demi keselesaan penduduk luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Katanya, pelaksanaan projek tersebut merupakan kesinambungan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan luar bandar secara berterusan dan seimbang.

Pagi tadi, beliau telah diwakili Wong Soon Mee bersama Penolong Jurutera DID Sarikei, meninjau keadaan saliran selepas kerja pembersihan siap dilaksanakan. 

Lawatan tersebut turut menyaksikan penyerahan siap projek oleh pihak kontraktor. 

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa lebih banyak projek berkaitan perparitan, pembaikan jalan dan kemudahan asas akan diteruskan bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar dari semasa ke semasa.

Turut hadir Tuai Rumah Kinchu Ajan. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ketua Polis Daerah Limbang santuni anggota PGA kehilangan ibu
Next: Persiapan musim tengkujuh: NADMA salur kit makanan ke Limbang, Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.