Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUHAKAM adakan lawatan berkala ke Penjara Pusat Sibu
  • TEMPATAN

SUHAKAM adakan lawatan berkala ke Penjara Pusat Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH…Celestine (dua kiri) menerima cenderamata kenangan daripada Dahim sambil diperhatikan oleh Abdul Kadir (kiri) dan Ku Hakimi. Foto Penjara Pusat Sibu

SIBU: Penjara Pusat Sibu (PPS) menerima lawatan berkala daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) semalam bagi menilai aspek hak asasi serta pengurusan banduan di institusi berkenaan.

Lawatan ini melibatkan rombongan seramai enam orang yang diketuai oleh Persuruhjaya SUHAKAM Dahim Nadot serta Abdul Kadir Jailani Ismail.

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah PPS Celestine Jubang Paul bersama barisan pegawai kanan institusi berkenaan.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara langsung keadaan persekitaran, kebajikan banduan serta pelaksanaan hak asasi manusia dalam kalangan penghuni penjara selaras dengan peranan SUHAKAM dalam memastikan hak setiap individu dipelihara.

LAWATAN….Celestine (duduk tengah) ketika menerima rombongan SUHAKAM yang diketuai oleh Abdul Kadir (dua kiri) dan Dahim (empat kiri) di Penjara Pusat Sibu, semalam. Foto Penjara Pusat Sibu

Sepanjang lawatan, rombongan telah dibawa meninjau beberapa blok penempatan, fasiliti rawatan, bengkel vokasional dan kemudahan asas lain. 

Taklimat ringkas berkaitan operasi serta amalan terbaik penjara juga telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah PPS Ku Hakimi Ku Halim. 

Lawatan pihak SUHAKAM ini juga dapat meninjau secara menyeluruh komitmen berterusan pihak PPS dalam memastikan pengurusan institusi berjalan selaras dengan prinsip hak asasi dan standard antarabangsa.

Pihak SUHAKAM turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang lawatan berlangsung.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy ingatkan orang ramai urus akaun elektrik dengan berhemah
Next: Generasi muda perlu tingkat ilmu kewangan digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.