Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 hours ago

MUSNAH…Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dalam kebakaran di Jalan Palma Miri, hari ini. Foto BBP Miri Sentral. 


MIRI:
Sebuah rumah separuh kayu di Jalan Palma Edar di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku pada 10.30 pagi dan melibatkan rumah berkeluasan kira-kira 40×50 kaki persegi yang tidak berpenghuni.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati api sedang marak sebelum operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 100 kaki gulung hos, satu nozel dan satu aliran salur bantu mula, dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran,” katanya.

Operasi itu tamat pada 1.14 tengah hari.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.


Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran di kilang proses botol arak di Sibu berjaya dipadamkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.