Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUSPEK DADAH….dua lelaki tempatan ditahan di Lawas atas kesalahan dadah. 

LAWAS: Seorang lelaki dengan lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan rakannya ditahan dalam operasi berterusan membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memaklumkan bahawa kedua-dua individu terbabit ditahan pada 1.30 petang semalam.

Menurutnya, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 26 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Ujian air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif bagi dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod menunjukkan salah seorang suspek mempunyai lima kesalahan lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, JKDM rampas 103.46kg syabu bernilai RM3.31 juta
Next: Jururawat di Sibu lesap RM154,000 ditipu ‘pegawai polis dari Kelantan’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.