Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, JKDM rampas 103.46kg syabu bernilai RM3.31 juta
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, JKDM rampas 103.46kg syabu bernilai RM3.31 juta

Utusan Sarawak 5 hours ago

Sebahagian rampasan 103.46 kilogram syabu bernilai RM3.31 juta.

BINTULU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bintulu sekali lagi mencatat kejayaan besar apabila menumpaskan cubaan menyeludup 103.46 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM3.31 juta dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Bintulu, awal bulan ini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, rampasan itu dibuat pada 5 November lalu sekitar 8.00 malam apabila pasukan Operasi Penguatkuasaan dengan bantuan pegawai kastam lapangan terbang mengesan imej mencurigakan pada empat bagasi penumpang.

“Hasil pemeriksaan rapi mendapati empat bagasi tersebut mengandungi 100 bungkusan plastik berisi ketulan kristal yang disyaki sebagai syabu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, dua lelaki berusia 22 dan 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas didapati membawa dua bagasi setiap seorang, dengan anggaran 25 kilogram dadah bagi setiap bagasi.

Datuk Norizan menunjukkan sebahagian daripada 103.46 kilogram syabu bernilai RM3.31 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Bintulu pada 5 November lalu.

Beliau berkata, syabu merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Bahagian III, Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952, dan modus operandi sindiket adalah menyembunyikan dadah dalam bagasi penumpang bagi mengelak pengesanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dikenakan hukuman mati, pesalah boleh dikenakan tidak kurang 15 sebatan.

Datuk Norizan turut menggesa orang awam bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat, sambil memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua suspek ditangkap kerana dadah
Next: Dua lelaki tempatan ditahan berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.