Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Diwali pupuk keharmonian dan semangat Segulai Sejalai
  • TEMPATAN

Diwali pupuk keharmonian dan semangat Segulai Sejalai

Utusan Sarawak 6 hours ago
UCAPAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada majlis sambutan Sarawak Bersinar: Raikan Diwali Gaya Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Sambutan Sarawak Bersinar: Raikan Diwali Gaya Sarawak yang berlangsung semalam menyerlahkan kekuatan perpaduan Sarawak apabila masyarakat pelbagai agama dan kaum berkumpul sebagai satu keluarga besar, menyemarakkan semangat Segulai Sejalai.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam ucapan perasmiannya berkata, Diwali bukan sekadar perayaan budaya, tetapi cerminan wajah sebenar Sarawak yang hidup harmoni dengan semangat saling menghormati dan menerima perbezaan.

“Di sini, kita meraikan perayaan satu sama lain bukan sebagai pemerhati, tetapi sebagai keluarga. Semangat inilah yang menjadikan Sarawak model perpaduan untuk Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Sarawak Bersinar: Raikan Diwali Gaya Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat India dan Persatuan Kuil Sri Maha Mariamman atas sumbangan mereka dalam memperkukuh keharmonian komuniti di negeri ini.

Uggah yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menegaskan bahawa agensi itu kekal sebagai inisiatif unik di Malaysia yang menjamin sokongan, pemerkasaan dan pembangunan rumah ibadat bukan Islam secara adil dan inklusif.

“Bagi komuniti Hindu, kerajaan negeri telah menyediakan RM900,000 sebagai tambahan dana pembangunan Kuil Sri Maha Mariamman. Premier Sarawak turut meluluskan RM2.3 juta bagi membina Dewan Serbaguna dan jalan akses baharu untuk kuil berkenaan,” jelasnya.

Menurut beliau, komitmen ini membuktikan bahawa kerajaan Sarawak bukan sahaja menghormati kepercayaan yang pelbagai, tetapi juga mahu memastikan setiap komuniti berpeluang mencapai kemajuan.

“Pemeliharaan komuniti berasaskan agama penting untuk keamanan dan keharmonian sosial. Ini bukan sekadar inisiatif kerajaan, tetapi pelaburan masa depan generasi akan datang,” tambahnya.

Majlis penuh simbolik itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, bersama tokoh pemimpin keagamaan yang lain. 

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dr Sim berterima kasih atas sokongan orang ramai susulan pemergian ibunya
Next: 50 peserta sertai Simposium Antarabangsa Inovasi Mampan RISD25 di UTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.