Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus Asas Pertolongan Cemas 2025 perkukuh kesedaran keselamatan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Kursus Asas Pertolongan Cemas 2025 perkukuh kesedaran keselamatan komuniti

Utusan Sarawak 7 hours ago
RASMI…Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Persatuan Hakka Miri, Dato Sri Lee Kim Shin (tiga dari kanan) semasa merasmikan Kursus Asas Pertolongan Cemas bagi Tindak Balas Kecemasan 2025 oleh Seksyen Belia Persatuan Hakka Miri hari ini.

MIRI: Penganjuran Kursus Asas Pertolongan Cemas bagi Tindak Balas Kecemasan 2025 oleh Seksyen Belia Persatuan Hakka Miri disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti menghadapi kecemasan.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, berkata kursus ini mampu meningkatkan kemahiran asas masyarakat dalam memberi bantuan awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat profesional.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Hakka Miri, ketika merasmikan program berkenaan hari ini, turut merakamkan penghargaan kepada persatuan itu serta Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Miri atas usaha menganjurkan kursus yang disifatkannya bukan sekadar asas pertolongan cemas, tetapi satu manifestasi kesedaran sivik dan tanggungjawab sosial.

Menurutnya, kemahiran pertolongan cemas bukan lagi kemahiran khusus untuk petugas kesihatan atau penyelamat, sebaliknya perlu dikuasai setiap lapisan masyarakat.

“Kita tidak dapat menjangka bila kecemasan akan berlaku. Namun dengan persediaan awal, bertenang, menilai keadaan dan melaksanakan tindakan betul, kita mampu menyelamatkan nyawa. Inilah nilai besar penganjuran kursus ini,” katanya.

Kim Shin turut memuji peranan aktif belia Hakka Miri yang sering melaksanakan pelbagai program komuniti termasuk kebajikan, gotong-royong, kempen derma darah dan program pembangunan belia.

Beliau berharap usaha penganjuran kursus keselamatan dan pendidikan sivik dapat diperluaskan, termasuk program berkaitan keselamatan kebakaran dan keselamatan jalan raya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Inisiatif KEMAS bantu kenal pasti keperluan masyarakat luar bandar — Nanta
Next: ADUN Kalaka usaha dapatkan laluan alternatif lebih selamat bagi penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.