Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Sarikei
  • KEBAKARAN

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
PADAM KEBAKARAN….Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Jalan Minah. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas berumur 97 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Minah, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rumah tersebut didiami oleh enam orang penghuni.

“Namun, ketika kebakaran berlaku, hanya lima orang penghuni berada di rumah. Seorang penghuni lagi tiada di rumah kerana berada di Sibu atas urusan peribadi. 

“Daripada lima orang penghuni tersebut, empat orang berjaya menyelamatkan diri, bagaimanapun seorang lelaki warga emas dipercayai terperangkap di dalam rumah. 

“Jasad mangsa didapati dalam keadaan rentung ditemui oleh pasukan bomba di bawah timbunan kebakaran di kawasan bilik tidur pada 2.18 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis pada 3.31 pagi untuk tindakan selanjutnya. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar 12.33 tengah malam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kebakaran. 

“Setibanya di lokasi sekitar 12.39 tengah malam, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal dan musnah terbakar 100 peratus. 

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah stor penyimpanan barang serta dua kenderaan iaitu jenis Perodua Aruz dan Toyota Unser yang turut terbakar sepenuhnya,” katanya. 

Tambahnya, pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman dengan membentang satu aliran sepanjang 200 kaki dan menggunakan dua aliran dua pancutan pili bomba dan pam jentera. 

“Bantuan kekuatan anggota turut diterima daripada BBP Bintangor bagi memperkukuh operasi di lokasi. 

“Operasi pemadaman menghadapi kesukaran berikutan tekanan air yang rendah menjejaskan kelancaran aliran air. 

“Operasi pemadaman kebakaran selesai sepenuhnya pada 4.55 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua rumah, sebuah kedai musnah terbakar di Kampung Wireless

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.