Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pihak berkuasa AS lapor kes jangkitan selsema burung H5N5 pada manusia
  • KESIHATAN

Pihak berkuasa AS lapor kes jangkitan selsema burung H5N5 pada manusia

Utusan Sarawak 6 hours ago
KES pertama manusia dijangkiti subjenis selesema burung H5N5 di Amerika Syarikat dikesan di Negeri Washington.

WASHINGTON: Seorang individu di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, menurut pihak berkuasa kesihatan di Negeri Washington pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini, menurut Jabatan Kesihatan negeri berkenaan.

Ini merupakan kali pertama strain tersebut dikesan pada manusia, menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, ia hanya dikesan pada haiwan. Tiada butiran lanjut diberikan.

Namun, pihak berkuasa dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) terus mengklasifikasikan risiko terhadap orang awam sebagai “rendah”.

Lelaki warga emas itu mempunyai masalah kesihatan sedia ada dan masih menerima rawatan di hospital, menurut jabatan berkenaan. Beliau memelihara unggas domestik yang mempunyai kontak dengan burung liar.

Menurut laporan media AS, ini adalah kes pertama selesema burung pada manusia dalam tempoh sembilan bulan.

CDC mendokumenkan kes-kes di AS melibatkan individu yang dijangkiti selesema burung. Menurut laman web agensi itu, terdapat 71 kes setakat ini, namun tidak jelas subjenis mana yang terlibat.

Selesema burung atau avian influenza ialah penyakit berjangkit yang sering membawa maut dalam banyak spesies burung dan unggas.

Sejak 2022, gelombang selesema burung terbesar yang pernah direkodkan berlaku di beberapa benua.

Namun, ia melibatkan virus H5N1 yang sangat patogenik. Ia kebanyakannya menjangkiti burung, tetapi turut dikesan pada beberapa mamalia.

Subjenis H5N1 ini juga boleh menjangkiti manusia pada dos jangkitan yang tinggi, meskipun kesnya jarang berlaku.

Institut Robert Koch di Jerman bagi kawalan penyakit sebelum ini menyatakan bahawa tiada kes H5N1 pada manusia dikesan di negara itu.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Rakyat Sarawak digesa tingkat kesedaran dan pencegahan diabetes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.