Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Garis panduan komprehensif dibentuk lindungi kanak-kanak tanpa warganegara – TPM Fadillah
  • SEMASA

Garis panduan komprehensif dibentuk lindungi kanak-kanak tanpa warganegara – TPM Fadillah

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada sidang media selepas menghadiri Forum Impak Wanita Sarawak 2025 bertemakan ‘Memacu perubahan sosial’ di sini hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Kerajaan sedang merangka garis panduan komprehensif bagi memudahkan kanak-kanak tidak mempunyai warganegara tidak tersisih daripada akses pendidikan atau program pembangunan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata terdapat keperluan mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu kanak-kanak tanpa dokumen, terutama di Sarawak meskipun sebuah pasukan petugas diwujudkan sebelum ini.

Beliau berkata masih terdapat banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk aspek perundangan, garis panduan serta prosedur pelaksanaan bagi memastikan kanak-kanak yang lahir di negeri itu tetapi tidak didaftarkan daripada terus tersisih.

“Walaupun dilahirkan di Sarawak, ada anak-anak yang tidak mendapat atau tidak didaftarkan dokumen kelahiran.

“Usaha menangani isu itu penting kerana dalam apa keadaan sekali pun, tiada anak-anak yang akan tersisih dan tiada siapa tertinggal, terutama dalam pendidikan dan manfaat program kerajaan,” katanya ketika berucap pada Forum Impak Wanita Sarawak 2025 bertemakan ‘Memacu perubahan sosial’ di sini hari ini.

Mengulas mengenai garis panduan yang lebih jelas, Fadillah berkata beliau akan menyelaras semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyemak semula tindakan yang sedang dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Apa yang bakal saya lakukan, pasukan petugas memang sudah ada tetapi saya akan memanggil semua kementerian dan agensi berkaitan supaya kami memahami apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri,” katanya.

Forum sehari yang diadakan di Muzium Budaya Borneo itu menghimpunkan beberapa wanita pembuat perubahan paling memberi inspirasi di Malaysia bersama pemimpin negara dan penyokong masyarakat sivil.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Teras Wanita Berimpak (WOI), forum itu bertujuan mencetuskan perbualan yang jujur dan tindakan kolektif mengenai isu-isu yang membentuk kehidupan kelompok terpinggir termasuk kemiskinan, pendidikan, kebajikan haiwan, alam sekitar serta tekanan emosi yang sering dialami wanita dalam komuniti di mana-mana sahaja.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 9Air lancar penerbangan terus Haikou–Kuching
Next: Malam Gala AIFFA 2025 raikan karya filem 11 negara ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.