Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rangkaian Jalan Baharu MMMLL angkat Baram ke arah lebih berdaya saing
  • Utara
  • WILAYAH

Rangkaian Jalan Baharu MMMLL angkat Baram ke arah lebih berdaya saing

Utusan Sarawak 8 hours ago
SUASANA pelancaran Projek Jalan MMMLL yang menghimpunkan penduduk dan pemimpin setempat di Marudi Light Industrial Area.

MARUDI: Penduduk Baram menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila projek pembinaan Jalan Baharu Miri–Marudi–Mulu (Kuala Melinau)–Long Panai–Long Lama atau dikenali sebagai MMMLL, dilancarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Marudi Light Industrial Area hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil yakin projek berimpak tinggi itu akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai pemangkin transformasi Baram daripada sebuah kawasan pedalaman yang ketinggalan kepada wilayah yang lebih progresif dan berdaya saing.

Menurutnya, pelaksanaan projek tersebut akan memperkukuh sokongan rakyat di Marudi dan kawasan Baram terhadap kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada masa hadapan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, penduduk dari Marudi, Bakong, Tinjar, Long Lama, Mulu, Bario serta kawasan lain di sekitar Baram turut menunjukkan sokongan padu dan menyampaikan penghargaan kepada Premier dan kerajaan Sarawak atas usaha pembangunan berterusan.

Penguang menjelaskan bahawa selain Projek MMMLL, Premier Sarawak turut meluluskan peruntukan bernilai berbilion ringgit bagi pembangunan sistem jalan raya dan jambatan, bekalan elektrik dan air luar bandar, rangkaian telekomunikasi serta pelbagai kemudahan asas lain di sini.

Tambahnya, semua ini merupakan hasil kepimpinan Premier melalui pendekatan “Dasar Pembangunan yang Memihak kepada Luar Bandar”, yang memberi penekanan kepada keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Pembangunan secara inklusif ini memberi harapan baharu kepada masyarakat luar bandar termasuk di kawasan Baram,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Jalan MMMLL itu.

Bagi mewakili seluruh rakyat Baram, Penguang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Abang Johari atas komitmen, kerja keras dan perhatian berterusan terhadap pembangunan di kawasan tersebut.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Sarawak pacu pembangunan pesat melalui Strategi PCDS 2030, fokus enam sektor ekonomi utama
Next: Kesepaduan penduduk Belaga perkukuh agenda pembangunan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.