Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Michelle Yeoh terima anugerah kehormat di Festival Filem Berlin
  • HIBURAN

Michelle Yeoh terima anugerah kehormat di Festival Filem Berlin

Utusan Sarawak 15 hours ago
PELAKON Michelle Yeoh, bergambar di karpet merah sejurus tiba untuk tayangan perdana Eropah filem Wicked: For Good di London pada 10 November 2025. Foto AFP

BERLIN: Pelakon Malaysia, Michelle Yeoh, akan menerima anugerah pencapaian seumur hidup pada Festival Filem Berlinale tahun depan, menurut pengumuman penganjur semalam.

Yeoh, 63, akan dianugerahkan ‘Honorary Golden Bear’ sebagai pengiktirafan terhadap “pencapaian cemerlangnya dalam dunia filem dan sinema”, menurut kenyataan festival itu.

“Michelle Yeoh ialah seorang seniman dan penggiat seni visionari, dengan karya yang melangkaui batas sama ada geografi, linguistik atau sinematik,” kata Pengarah Berlinale, Tricia Tuttle.

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis pembukaan festival di Berlin pada 12 Februari 2026.

MICHELLE Yeoh pernah menjadi ahli juri pada 1999 dan pernah tampil di festival itu menerusi Crouching Tiger, Hidden Dragon serta lebih baru dalam Everything Everywhere All at Once. Foto AFP

Berlinale, yang berlangsung dari 12 hingga 22 Februari, merupakan pertunjukan sinema utama pertama Eropah setiap tahun dan setaraf dengan Cannes serta Venice sebagai antara festival filem paling berprestij di benua itu.

Yeoh pernah menjadi ahli juri pada 1999 dan pernah tampil di festival itu menerusi Crouching Tiger, Hidden Dragon serta lebih baru dalam Everything Everywhere All at Once.

“Berlin sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati saya,” katanya, sambil menyifatkan festival itu sebagai “antara yang pertama menerima karya saya dengan penuh kehangatan dan kemurahan hati.”

Yeoh memenangi Oscar Pelakon Wanita Terbaik pada 2023 menerusi lakonannya sebagai pemilik kedai dobi Cina-Amerika, Evelyn Wang, dalam Everything Everywhere All at Once menjadikannya wanita Asia pertama memenangi anugerah tersebut.

Kredit filemnya bermula sejak 1980-an, namun kejayaan besarnya di Hollywood hadir apabila beliau dipilih sebagai gadis Bond etnik Cina pertama dalam Tomorrow Never Dies (1997) bersama Pierce Brosnan.

Beliau turut membintangi filem seni mempertahankan diri pemenang Oscar Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000), drama period Memoirs of a Geisha (2005) dan komedi romantik Crazy Rich Asians (2018). Tahun lalu, Honorary Golden Bear diberikan kepada pelakon Scotland, Tilda Swinton, dengan penerima terdahulu termasuk Martin Scorsese dan Steven Spielberg. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pembebasan P. Diddy ditangguh sebulan gara-gara langgar peraturan penjara
Next: Pengarah orkestra wanita pertama Iran jadi inspirasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.