Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • PPK tulang belakang sistem kesihatan Sarawak
  • KESIHATAN

PPK tulang belakang sistem kesihatan Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGERUSI MPP, Kaunselor Tan Kai, bersama barisan tetamu kehormat lain, memeriahkan Majlis Makan Malam Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Umum Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) kini diiktiraf sebagai antara tenaga terpenting yang menggerakkan sistem kesihatan negeri dan negara, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata profesion itu bukan lagi dianggap sebagai ‘penyokong’ semata-mata, sebaliknya memainkan peranan kritikal dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang selamat, cekap dan berperikemanusiaan.

“PPK ialah kelompok yang paling dekat dengan pesakit. Mereka sering menjadi yang pertama membantu pesakit dan yang terakhir meninggalkan mereka. Kesungguhan dan empati mereka adalah nadi kepada sistem kesihatan kita,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Kaunselor Tan Kai pada Majlis Makan Malam Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Umum Sarawak yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Perubatan Sarawak (SAMOA)  di sebuah hotel terkemuka, malam ini.

PENGERUSI MPP, Kaunselor Tan Kai, mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pada Majlis Makan Malam Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Umum Sarawak di sebuah hotel terkemuka, malam ini. Foto UKAS

Menurut Dr Sim, penggantian jawatan atendan kepada PPK pada 2007 merupakan pengiktirafan rasmi terhadap perluasan skop kerja dan tanggungjawab mereka, termasuk pengurusan peralatan perubatan asas, rekod pesakit serta sokongan langsung kepada jururawat dan doktor.

Beliau berkata peluasan peranan itu turut merentasi rawatan kuratif, pencegahan, promosi kesihatan dan rehabilitasi menjadikan PPK antara tenaga yang paling menyeluruh dalam struktur perkhidmatan kesihatan.

Dr Sim turut menekankan, selari dengan pembangunan pesat infrastruktur kesihatan di Sarawak, laluan kerjaya PPK kini lebih tersusun, termasuk peluang latihan berterusan dan pembangunan profesional.

“Saya menggesa semua PPK untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan keyakinan diri. Profesion anda bermakna, perkhidmatan anda dihormati dan peranan anda setara dengan jururawat, pembantu perubatan dan doktor,” katanya.

Beliau menyifatkan PPK sebagai ‘wira tidak didendang’ yang memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat menerima rawatan dengan penuh empati.

Majlis anjuran SAMOA itu bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan jasa PPK, malah mengingatkan semua pihak mengenai nilai penting mereka dalam menyokong sistem kesihatan Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Amaran campak dikeluarkan untuk pusat bandar Sydney, lapangan terbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.