Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Nur Izzudin, Pearly-Thinaah tempah slot separuh akhir Masters Jepun
  • SUKAN

Sze Fei-Nur Izzudin, Pearly-Thinaah tempah slot separuh akhir Masters Jepun

Utusan Sarawak 20 hours ago
BADMINTON… Dua wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pilihan kedua kejohanan dalam acara beregu lelaki itu menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan tiga set 21-16, 10-21, 21-16.

Gandingan profesional negara itu akan menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.

BADMINTON… Dua wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Bagi acara beregu wanita, Pearly-Thinaah mengesahkan tempat pada pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17, sekali gus akan berdepan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun atau pasangan Taiwan Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh.

Perjuangan dua lagi wakil beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bagaimanapun berakhir di suku akhir.

Wan Arif-Roy King tewas kepada gandingan tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 19-21, 14-21; sementara Hon Jian-Muhammad Haikal dikalahkan pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Li 16-21, 16-21.

Kejutan dipamerkan pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching yang menumpaskan bintang Kanada, Michelle Li semalam juga berakhir selepas kecundang pada tangan pemain berpengalaman Thailand Ratchanok Itanon 17-21, 9-21.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzudin ke separuh akhir
Next: Delegasi Malaysia tinjau kesiapsiagaan Thailand hadapi Sukan SEA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.