
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke separuh akhir Masters Jepun 2025 hari ini.
Pilihan kedua kejohanan itu menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan berlangsung hingga set penentuan di Kumamoto Prefectural Gymnasium.
Gandingan profesional negara itu menang 21-16 di set pertama sebelum tewas 10-21 set kedua, sebelum memuktamadkan kemenangan 21-16 dalam pertarungan suku akhir berlangsung 46 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan pemenang daripada pertembungan antara satu lagi pasangan negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.
-Bernama