Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tanah runtuh di Jawa Tengah ragut dua nyawa, 21 masih hilang
  • GLOBAL

Tanah runtuh di Jawa Tengah ragut dua nyawa, 21 masih hilang

Utusan Sarawak 23 hours ago
PENYELAMAT mencari mangsa terselamat selepas tanah runtuh mengubur beberapa rumah di Kampung Cibeunying, daerah Cilacap, Jawa Tengah, pada 14 November 2025. Foto AFP

JAKARTA: Dua maut manakala 21 lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda daerah Majenang di wilayah Cilacap, Jawa Tengah pada 8.00 malam semalam waktu tempatan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari, berkata hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh yang melanda kediaman di tiga kampung iaitu Cibeunying, Cibaduyut dan Tarakan.

SEBUAH rumah yang musnah dilihat ketika penyelamat mencari mangsa terselamat selepas tanah runtuh memusnahkan beberapa rumah di Kampung Cibeunying, daerah Cilacap, Jawa Tengah. Foto AFP

“Pasukan penyelamat mengeluarkan 23 mangsa, dengan tiga daripadanya mengalami cedera ringan setakat 3.00 pagi Jumaat. 

“Kerugian turut membabitkan 12 rumah yang rosak, manakala 16 lagi berada dalam keadaan berisiko,” katanya dalam satu kenyataan.

PENYELAMAT giat mencari mangsa terselamat selepas tanah runtuh di Kampung Cibeunying, Cilacap, Jawa Tengah. Foto AFP

Beliau berkata keadaan tanah yang masih tidak stabil menyukarkan operasi, namun Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Cilacap bersama pasukan mencari dan menyelamat terus menjalankan usaha menyelamat dengan bantuan jentera berat bagi mempercepatkan pemindahan.

Agensi berkenaan turut mengingatkan penduduk serta anggota penyelamat agar berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya runtuhan susulan, ekoran ramalan hujan di Majenang dari Jumaat hingga Ahad. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Blue Origin lancarkan misi Marikh NASA dan berjaya mendaratkan penggalak roket
Next: Blue Origin lancar Roket New Glenn bawa pengorbit Marikh NASA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.