Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pesawat tentera Turkiye terhempas di Georgia tanpa hantar syarat kecemasan
  • KEMALANGAN

Pesawat tentera Turkiye terhempas di Georgia tanpa hantar syarat kecemasan

Utusan Sarawak 10 hours ago
TERHEMPAS… Pada Selasa lalu, Kementerian Pertahanan Turkiye berkata pesawat pengangkut tentera Lockheed C-130 Hercules telah terhempas di Georgia.

ANKARA: Pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia tidak sempat menghantar sebarang isyarat kecemasan sebelum kejadian, dan serpihannya akan dibawa ke pangkalan udara Erkilet di Kayseri, Turkiye, untuk siasatan teknikal, lapor akhbar prokerajaan Turkiye hari ini dengan memetik sumber tidak dinamakan, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Pada Selasa lalu, Kementerian Pertahanan Turkiye berkata pesawat pengangkut tentera Lockheed C-130 Hercules telah terhempas di Georgia. Pada Rabu, Presiden Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bahawa mayat 19 mangsa yang terkorban dalam nahas itu telah ditemukan.

Beberapa rakaman video yang dilaporkan dirakam oleh seorang pengembala dan dikongsi di media sosial menunjukkan bahagian ekor pesawat itu tercabut terlebih dahulu. Badan utama pesawat empat enjin itu kemudian kelihatan berasap sebelum berpusing-pusing menjunam ke tanah, lapor akhbar berkenaan.

Analisis terhadap komunikasi radio kru serta data daripada kotak hitam pesawat dijangka akan mendedahkan butiran penting di sebalik kejadian itu, lapor akhbar Turkiye.

Saksi kejadian berkata tiada letupan atau kebakaran berlaku semasa pesawat itu masih di udara. Kebakaran hanya tercetus selepas ia terhempas, disertai dengan satu letupan, menurut laporan itu lagi.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita tersepit, pacuan empat roda langgar lori di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.