Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam pendingin hawa, 12 kipas siling disumbangkan kepada Hospital Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Enam pendingin hawa, 12 kipas siling disumbangkan kepada Hospital Sibu

Utusan Sarawak 11 hours ago
TERIMA KASIH….Dr Nizam (dua kiri) menerima sumbangan pendingin hawa daripada Chuong (tiga kiri). Turut disaksikan oleh Lee (dua kanan) di Hospital Sibu, hari ini.

SIBU: Hospital Sibu hari ini menerima sumbangan enam unit pendingin hawa dan 12 unit kipas siling hasil inisiatif Lembaga Pelawat Hospital Sibu, bertujuan meningkatkan keselesaan pesakit.

Timbalan Pengarah Hospital Sibu, Dr Nizam Ishak, menerima sumbangan tersebut daripada penderma Chuong Soui Chang (pendingin hawa) dan Hii Thien Tiew (kipas siling).

Menurut Dr Nizam, pendingin hawa akan dipasang di wad perubatan merawat pesakit buah pinggang dan jangkitan kuman, manakala kipas siling untuk menggantikan kipas yang lama.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu, Michael Lee Meng Ting berkata, pemasangan pendingin hawa dan kipas siling baharu itu dilakukan dengan segera bagi meningkatkan keselesaan pesakit.

“Lembaga berhasrat agar semua wad di hospital ini dilengkapi dengan pendingin hawa sepenuhnya. Oleh itu, lembaga berharap lebih ramai tampil memberi sokongan sumbangan untuk menjayakannya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kadar jenayah di Sibu menurun 37.17 peratus hasil tindakan proaktif polis
Next: Mayat lelaki ditemukan di bilik mandi, bomba bantu polis buka pintu dan dinding

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.