Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kurangkan kesesakan: Laluan terus di Medan Jaya mula digunakan hari ini
  • Utara
  • WILAYAH

Kurangkan kesesakan: Laluan terus di Medan Jaya mula digunakan hari ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
 JOHNNY Pang meninjau kerja pembukaan laluan baharu di tapak pembinaan Jejambat Medan Jaya, Bintulu hari ini.

BINTULU: Laluan terus di kawasan pembinaan Jejambat Medan Jaya mula dibuka kepada pengguna jalan raya hari ini, menandakan peringkat baharu dalam pengurusan trafik di lokasi berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pembukaan itu dijangka membantu meredakan kesesakan yang sering berlaku di sekitar Medan Jaya terutama pada waktu puncak.

Menurutnya, aliran trafik kini melibatkan beberapa laluan lencongan serta penggunaan lampu isyarat tambahan bagi memastikan pergerakan kenderaan lebih teratur.

“Pengguna perlu lebih berwaspada kerana susun atur jalan tidak lagi sama seperti sebelum ini.

“Perubahan ini mungkin mengambil masa untuk dibiasakan,” katanya ketika meninjau lokasi berkenaan hari ini.

PELAN lencongan trafik peringkat ketiga di kawasan Medan Jaya yang menunjukkan laluan baharu serta penutupan beberapa persimpangan bagi kerja pembinaan Jejambat Medan Jaya.

Beliau menjelaskan bahawa kerja pembinaan yang masih berjalan boleh menyebabkan keadaan kelihatan kurang teratur, namun laluan terus yang dibuka mampu mempercepat perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menuju Kidurong.

“Walaupun terdapat laluan lurus, semua pemandu perlu mematuhi lampu isyarat yang sudah dipasang.

“Laluan baharu ini lebih ringkas, tetapi wajib diikuti sebagaimana ditanda,” tegasnya.

Johnny turut mengingatkan kontraktor projek agar memastikan akses jalan untuk orang awam tidak terjejas dan segala kerja dilakukan mengikut jadual.

“Jika terdapat dua laluan, pastikan kedua-duanya kekal boleh digunakan.

“Kita tidak mahu menyulitkan pergerakan orang ramai,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih cermat berikutan perubahan aliran trafik yang mula berkuat kuasa hari ini.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: MLNG hulur bantuan asas kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip
Next: Gotong-royong KMKK Krian tengah eratkan semangat komuniti dan kebersihan awam 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.