Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MoF nafi dakwaan Petronas ambil 95 peratus hasil minyak Borneo
  • NASIONAL

MoF nafi dakwaan Petronas ambil 95 peratus hasil minyak Borneo

Utusan Sarawak 11 hours ago
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Sebaliknya beliau berkata keuntungan yang diperoleh Petronas jauh lebih rendah daripada 10 peratus selepas mengambil kira kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran minyak serta cukai jualan.

“Industri petroleum dibangunkan melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di antara Petronas dengan pelabur.

“Dalam apa jua bentuk PSC, Petronas diwajibkan membuat bayaran tunai tetap sebanyak lima peratus kepada kerajaan Persekutuan dan lima peratus kepada kerajaan negeri berdasarkan jumlah pengeluaran kasar.

“Selepas mengambil kira bayaran 10 peratus itu, kira-kira 80 peratus hasil digunakan untuk menampung kos pengeluaran termasuk kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran,” katanya ketika sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah berkata baki kira-kira 10 peratus merupakan peruntukan kasar untuk dikongsi di antara Petronas dengan pelabur selepas cukai. 

“Kerajaan negeri juga mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum yang tidak termasuk dalam angka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH–Miri) berhubung dakwaan Petronas mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak manakala negeri-negeri itu hanya menerima lima peratus royalti sepanjang 50 tahun lepas.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Fung-Wong
Next: Kerajaan tidak akan rayu keputusan pemberian khas 40 peratus hasil, rundingan dengan Sabah dimulakan – AGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.