Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat rumah panjang di DUN Repok terima bekalan baik pulih
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat rumah panjang di DUN Repok terima bekalan baik pulih

Utusan Sarawak 15 hours ago
TERIMA KASIH….Tuai Rumah Anthony (dua kiri) menerima bantuan bekalan bahan binaan bagi kerja baik pulih rumah panjangnya. Foto Pusat Khidmat Repok 

SARIKEI: Komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar dizahirkan menerusi penyerahan bekalan bahan binaan bagi kerja membaik pulih empat rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Semalam, pasukan Pusat Khidmat Repok bersama pegawai Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) telah melaksanakan lawatan serta menyerahkan bantuan bekalan bahan binaan bagi kerja baik pulih di Rumah Anthony, Rumah Bansa, Rumah Ugil dan Rumah Rampai.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, berkata pelaksanaan projek tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Terima kasih kepada pihak SDO, tuai rumah serta semua penduduk yang telah memberikan kerjasama sepanjang proses penyerahan bekalan ini. 

“Semoga projek pembaikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh komuniti setempat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pelaksanaan projek sebegini bukan sahaja bertujuan memperbaiki struktur kediaman yang uzur, tetapi juga membantu mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih selamat dan selesa.

“Penambahbaikan kemudahan asas seperti ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat. 

“Ia bertujuan agar setiap komuniti luar bandar menikmati pembangunan yang seimbang dengan kawasan bandar,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nelayan Bukit Saban terima bantuan peralatan bernilai RM20,000 seorang
Next: Segerakan pembinaan asrama SK Sungai Antu tanpa berfasa – ADUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.