Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 30 kenderaan dan 50 anggota sertai misi bantuan PRU DUN Sabah Ke-17
  • TEMPATAN

30 kenderaan dan 50 anggota sertai misi bantuan PRU DUN Sabah Ke-17

Utusan Sarawak 15 hours ago
SIAP BERTUGAS… DCP Saifullizan Ishak hadir pada Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Kenderaan, Pemandu dan BSM JSJ PDRM Kontinjen Sarawak ke Kontinjen (IPK) Sabah sempena Bantuan Tugas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DUN) Sabah Ke-17 bagi memberi sokongan moral.

LAWAS: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Kenderaan, Pemandu dan BSM JSJ PDRM Kontinjen Sarawak ke Kontinjen Sabah sempena Bantuan Tugas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DUN) Sabah Ke-17, yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.

Majlis yang penuh semangat patriotik itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Sang Saka Biru dan Sedia Berkhidmat, sebelum disusuli sesi bergambar kenangan serta simbolik pelepasan bendera Sang Saka Biru sebagai tanda bermulanya perjalanan konvoi ke Sabah.

PERIKSA KELENGKAPAN… DCP Saifullizan Ishak diiringi DSP Liong Tindan memeriksa kelengkapan sebelum konvoi berangkat ke Sabah.

Konvoi yang diketuai oleh Pegawai Turus Teknikal Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Sarawak ASP Asriyadi Wahab, melibatkan 30 pemandu dan 30 kenderaan terdiri daripada lima lori, lima van dan 20 kereta peronda. Turut serta ialah 20 anggota BSM JSJ Kontinjen Sarawak diketuai oleh Pegawai Penyelaras BSM JSJ Sarawak Insp Ridzainuddin Rosley Abdullah.

Dalam ucapannya, DCP Saifullizan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas semangat, kesungguhan dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab PRU DUN Sabah Ke-17.

PELEPASAN KONVOI… DCP Saifullizan Ishak melakukan pelepasan konvoi selepas memberi kata-kata nasihat dan motivasi kepada anggota serta pegawai yang terlibat dalam Bantuan Tugas PRU DUN Sabah Ke-17.

Beliau turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan, disiplin, profesionalisme serta kepekaan terhadap situasi semasa agar imej dan maruah pasukan PDRM sentiasa terpelihara.

“Jagalah keselamatan diri, patuhi prosedur operasi standard (SOP), kekalkan integriti dan semangat berpasukan sepanjang penugasan,” pesan beliau kepada semua anggota yang terlibat.

GAGAH PERKASA… (Kedua dari kanan) DSP Liong mengiringi DCP Saifullizan Ishak bergambar kenangan di deretan kenderaan PDRM Kontinjen Sarawak.

Majlis diakhiri dengan simbolik pelepasan konvoi oleh DCP Saifullizan, diiringi sorakan semangat para petugas dan warga IPD Lawas yang hadir memberi sokongan moral.

Turut hadir Ketua Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, ACP James Johnathan, Pegawai Turus Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Sarawak, DSP Aleng Lamat serta Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SFC siasat dakwaan penemuan ‘muntah paus’ di Belawai
Next: Kerjasama strategik Kuching Selatan dan Linshu dalam industri kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.