Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jonassen harap Jun Hao ulangi keajaiban di Masters Jepun
  • SUKAN

Jonassen harap Jun Hao ulangi keajaiban di Masters Jepun

Utusan Sarawak 15 hours ago
LEONG Jun Hao bersiap sedia semasa sesi latihan bersama jurulatih Kenneth Jonassen menjelang Japan Masters 2025.

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki negara Kenneth Jonassen menaruh harapan tinggi agar Leong Jun Hao dapat mengulangi prestasi cemerlangnya pada Masters Jepun 2025 yang membuka tirainya esok.

Beliau berkata pada penampilan kali ini, Jun Hao menggalas tugas lebih mencabar untuk mempamerkan aksi terbaiknya kerana pihak lawan sudah mula membuka mata dan membaca corak permainannya.

“Tiada keraguan bahawa tahun lepas merupakan kejayaan besar buatnya. Ketika itu saya di luar gelanggang, namun semangat juang dan ketabahan dipamerkannya benar-benar luar biasa.

“Saya rasa ramai terkejut dengan prestasinya. Saya harap tahun ini di venue sama dan semangat sama, dia mampu mengulangi pencapaian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jun Hao akan memulakan kempen Masters Jepun 2025 berdepan wakil India, H S Prannoy pada pusingan pertama.

Pada masa sama, Jonassen teruja untuk melihat aksi Justin Hoh menentang Shogo Ogawa dari Jepun.

“Justin sedang berusaha memperbaiki beberapa aspek baharu dalam permainannya. Menewaskan lawan di gelanggang tuan rumah bukan tugas mudah, jadi saya ingin lihat bagaimana dia mengendalikan tekanan itu,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dart Beregu Pesta Meradong 2025 jadi wadah perpaduan komuniti
Next: Zii Jia tidak pertahan kejuaraan Terbuka Australia 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.