Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dart Beregu Pesta Meradong 2025 jadi wadah perpaduan komuniti
  • SUKAN

Dart Beregu Pesta Meradong 2025 jadi wadah perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 15 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

BINTANGOR: Penganjuran pertandingan Dart Beregu Terbuka Pesta Meradong 2025 menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan dan silaturahim antara komuniti tempatan serta peserta antarabangsa.

Hadir bagi merasmikan majlis penangguhan pertandingan anjuran Persatuan Kebajikan Anak Asal Bintangor (PEKAAB) bersama Kelab Dart Meradong (MDC) tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Dalam ucapannya, Koung Hiing mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PEKAAB dan MDC atas kejayaan menganjurkan pertandingan Dart Terbuka Sempena Pesta Meradong 2025 yang berlangsung dengan meriah dan teratur.

Katanya, pertandingan tersebut merupakan penganjuran kali kedua bersempena Pesta Meradong selepas kejayaan edisi pertama tahun lalu.

SIMBOLIK PERASMIAN… Datuk Ding Kuong Hiing merasmikan penangguhan pertandingan Dart Beregu Terbuka Pesta Meradong 2025. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

“Untuk penganjuran kali ini, sebanyak 60 pasukan dari seluruh daerah di Sarawak dan dua pasukan dari negara Brunei Darussalam turut mengambil bahagian.

“Penyertaan dari luar negara  membuktikan bahawa Daerah Meradong semakin dikenali dan berpotensi menjadi tumpuan aktiviti sukan di peringkat serantau,” katanya ketika berucap di majlis penangguhan pertandingan tersebut bertempat di Dewan Pejabat Daerah Meradong, baru-baru ini. 

Tambahnya, penganjuran seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan dart, malah turut memperkukuh semangat perpaduan serta menjadi wadah untuk menjalin hubungan silaturahim antara komuniti tempatan dan antarabangsa.

Koung Hiing turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk para penaja, urusetia, pasukan teknikal dan para peserta atas komitmen serta semangat kesukanan yang tinggi sehingga kejohanan dapat dijalankan dengan jayanya.

“Semoga kejayaan penganjuran kali ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang, sekali gus menyemarakkan lagi semangat Pesta Meradong sebagai acara kebanggaan daerah ini,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada MDC sempena pertandingan tersebut.

Turut hadir Pengerusi MDC, Ahim Ibrahim, Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Lau Chi Sing dan Exco SABERKAS Cawangan Meradong, Abang Husen.

Oleh Earl Anek 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan tarian: Bernice sapu tiga pingat emas di Hong Kong
Next: Jonassen harap Jun Hao ulangi keajaiban di Masters Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.