Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi Wall Street

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.

 Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.33 mata kepada 1,632.71 daripada 1,627.38 yang dicatatkan semalam, selepas dibuka menokok 4.14 mata kepada 1,631.52.

Sentimen pasaran secara meluas adalah positif  dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 312 berbanding 122 manakala 310 kaunter tidak berubah.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata dalam perkembangan ke arah menamatkan penutupan kerajaan AS, sekumpulan Senator Demokrat yang berpendirian sederhana bertindak bertentangan daripada pemimpin parti pada Ahad malam dengan mengundi untuk meluluskan rang undang-undang membiayai kerajaan sehingga akhir Januari.

Ini mendorong kemunculan minat belian kukuh di Wall Street apabila pelabur bertindak mengetepikan sentimen mengelak risiko.

“Berikutan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh, kami menjangkakan KLCI akan terus meningkat selain kesan limpahan terhadap saham teknologi tempatan dengan tumpuan terhadap saham momentum ketara,” katanya menerusi nota penyelidikannya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik empat sen kepada RM9.98, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing meraih satu sen kepada RM4.28 dan RM8.23 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM13.32.

Bagi saham paling aktif,  MMAG dan Insights tidak berubah pada 9.5 sen dan 94.5 sen, Dagang Nexchange dan Richtech naik setengah sen kepada 32.5 sen dan 24.5 manakala Genetec menokok empat sen kepada 52.5 sen.

Kaunter paling untung adalah Malaysian Pacific yang melonjak 56 sen kepada RM31.66, Fraser & Neave naik 46 sen kepada RM29.22, Petronas Gas meraih 28 sen kepada RM18.78 dan Hong Leong Bank meningkat 22 sen kepada RM21.08.

Sebaliknya, kaunter paling rugi adalah MCE, Perusahaan Sadur Timah dan SHL yang masing-masing susut lima sen kepada RM1.74, RM1.89 dan RM2.26 manakala Dialog turun empat sen kepada RM1.84.

Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 menambah 66.84 mata kepada 11,909.46 dan Indeks FBM Emas melonjak 71.57 mata kepada 12,156.15.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 74.31 mata kepada 12,185.73, Indeks FBM ACE meningkat 10.16 mata kepada 5,111.01 dan Indeks FBM Mid 70 menokok 65.79 mata kepada 17,015.51.

Bagi sektor, Indeks Perladangan menambah 54.24 mata kepada 8,174.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.53 mata kepada 169.41, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 104.69 mata kepada 18,432.83 manakala Indeks Tenaga susut 0.39 mata kepada 760.31.- Bernama

Continue Reading

Previous: Minat belian terus pacu momentum ringgit, dibuka pada paras 4.15 berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.