Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ibu Hafiz Suip meninggal dunia
  • HIBURAN

Ibu Hafiz Suip meninggal dunia

Utusan Sarawak 20 hours ago
ALLAHYARHAM Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Foto Facebook Hafiz Suip

KUCHING: Ibu kesayangan penyanyi popular Hafiz Suip, Halizawati Salleh, meninggal dunia di sini pada 9.40 malam semalam akibat akibat masalah kesihatan serius.

Dipetik dari Astro Awani, difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum pemergiannya akibat komplikasi penyakit kencing manis yang lama dihidapinya.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Hafiz Suip menzahirkan doa dan ucapan takziah kepada ibunya, Halizawati Salleh.

Beliau menulis:

“Ya Allah, ampunilah Halizawati Salleh (Bonda) kami, rahmatilah beliau, permudahkan urusannya dan maafkanlah segala kesalahannya. Lapangkanlah tempatnya, dan bersihkanlah beliau dengan air, salji, dan embun.

“Bersihkanlah beliau daripada segala dosa dan kesalahan seperti kain putih yang dibersihkan daripada kekotoran.

Ya Allah, masukkanlah beliau ke dalam Jannah dan lindungilah beliau daripada seksa kubur dan api Neraka.

“Tempatkanlah beliau bersama sebaik-baik teman, dan kurniakan rohnya kerehatan abadi di syurga tertinggi.

Ya Allah, kini beliau berada di bawah jagaan dan perlindungan-Mu.

“Kurniakanlah pahala orang yang mendapat petunjuk kepadanya, tambahkanlah ganjaran untuknya, dan tempatkanlah beliau dalam kalangan orang soleh.

Ya Allah, ikatlah hati-hati kami dengan kesabaran, dan jadikanlah ujian ini sebagai pembersihan dan ganjaran bagi beliau serta bagi kami. Aamiin.”

Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Siti Nordiana terus perjuang irama Malaysia, kembali dengan ‘Ahai’
Next: Johan As’ari utamakan kekuatan naskhah berbanding populariti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.