Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 48 peserta sertai Program Asas Anyaman, perkasa ekonomi wanita
  • WILAYAH

48 peserta sertai Program Asas Anyaman, perkasa ekonomi wanita

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANYAM… Sebahagian peserta yang menyertai  Program Asas Anyaman anjuran Kelab Wanita Berwawasan Baram yang diadakan di Miri. 

MIRI: Seramai 48 peserta terdiri daripada golongan wanita termasuk suri rumah tangga menyertai Program Asas Anyaman anjuran Kelab Wanita Berwawasan Baram yang diadakan di sini.

Menurut Mujan Lah yang mempengerusi aktiviti tersebut berkata, program tersebut bertujuan melatih wanita tempatan agar dapat meningkatkan kemahiran serta menambah pendapatan keluarga, sejajar dengan usaha memperkasakan ekonomi wanita luar bandar.

Katanya, program berkenaan merupakan satu daripada lima siri program asas anyaman yang dirancang oleh kelab bagi tahun ini.

ANYAM… Sebahagian peserta yang menyertai  Program Asas Anyaman anjuran Kelab Wanita Berwawasan Baram yang diadakan di Miri. 

“Melalui latihan ini, kami mahu membantu wanita, khususnya suri rumah tangga agar mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri melalui hasil tangan mereka,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Peserta juga didedahkan kepada teknik asas anyaman tradisional dan moden, termasuk pembuatan bakul serta produk kraf yang mempunyai potensi pasaran.

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu cari waris Adeline Ikau
Next: 708 OKU berdaftar di Sri Aman sejak 2020, ADUN Lingga gesa lebih ramai buat pendaftaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.