
BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris atau keluarga terdekat kepada seorang lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Perubatan Lelaki hospital berkenaan hari ini.
Menurut kenyataan Hospital Bintulu, si mati dikenali sebagai Sudirman Atan, dengan alamat terakhir No. 48 GF Medan Sepadu, Jalan Abang Galau, 97000 Bintulu.
“Waris atau ahli keluarga yang mengenali Allahyarham diminta segera hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bintulu atau menghubungi talian 086-859000 bagi urusan lanjut,” katanya.
Kerjasama orang ramai amat dihargai dan diharapkan maklumat ini dapat dikongsikan secara meluas bagi membantu mengesan waris Allahyarham.
Oleh Carolyne Utih