Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lori balak bersama treler musnah dalam kebakaran di Batu 62 Sepiring
  • KEBAKARAN

Lori balak bersama treler musnah dalam kebakaran di Batu 62 Sepiring

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN bomba berjaya memadamkan kebakaran lori balak yang terbakar di tepi Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Batu 62 Sepiring, Selangau. Foto BBP Selangau

SELANGAU: Lori balak bersama treler musnah dalam kebakaran di Batu 62 Sepiring, Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu–Sibu pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikejarkan ke lokasi kejadian.

PASUKAN bomba berjaya memadamkan kebakaran lori balak yang terbakar di tepi Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Batu 62 Sepiring, Selangau. Foto BBP Selangau

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan lori balak bersama treler yang sedang terbakar di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, selepas penilaian awal dilakukan, pasukan operasi dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap telah menjalankan kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula, dua muncung (nozzle) dan air dari tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 20 pintu Rumah James Kalip di Tatau musnah dalam kebakaran
Next: Bantuan segera disalurkan kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.