Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Monsun Timur Laut bermula Khamis ini hingga Mac 2026 – MetMalaysia
  • NASIONAL

Monsun Timur Laut bermula Khamis ini hingga Mac 2026 – MetMalaysia

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

KUALA LUMPUR: Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, memaklumkan hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan episod hujan lebat sepanjang monsun dengan sentiasa memantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial agensi itu, atau talian hotline 1-300-22-1638.

– BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Bilangan penganggur menurun kepada 518,600 orang setakat September – DOSM
Next: Ahmad Maslan terima PhD dalam bidang Komunikasi pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-38

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.