Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PERKIM, IPD Lawas anjur program pengurusan jenazah tingkat kefahaman fardu kifayah
  • Utara
  • WILAYAH

PERKIM, IPD Lawas anjur program pengurusan jenazah tingkat kefahaman fardu kifayah

Utusan Sarawak 14 hours ago
JENAZAH LELAKI… Ustaz Ali Akbar membantu anggota PDRM Lawas mempraktikkan tatacara mengurus jenazah lelaki di Surau IPD Lawas.

LAWAS: PERKIM Cawangan Lawas dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah: Persiapan Menghadapi Jenazah yang Kritikal bertempat di Surau IPD di sini, semalam.

Program sehari itu bermula 8.00 pagi dan disertai oleh 65 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota IPD Lawas, ahli PERKEP, serta ahli PERKIM Cawangan Lawas.

Ceramah dan latihan disampaikan oleh dua penceramah jemputan iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Lawas, Lily Mohamad Said, dan Pendakwah PERKIM, Ustaz Ali Akbar Hafiz Mohamed.

JENAZAH WANITA… Pendakwah wanita PERKIM memberi tunjuk ajar kepada warga PERKEP Cawangan IPD Lawas mengenai cara mengkafankan jenazah wanita.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat Islam, termasuk kaedah menghadapi situasi kritikal seperti kemalangan, jenazah tidak sempurna dan kes bencana.

Menurut pihak IPD Lawas, selain sesi teori, peserta turut didedahkan kepada panduan praktikal, adab, serta nilai amanah dan empati dalam menguruskan jenazah.

SOLAT JENAZAH… Ustaz Ali Akbar mengetuai sesi praktikal solat jenazah di Surau IPD Lawas.

Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah, malah memperkukuh kerjasama antara PERKIM dan IPD Lawas dalam memperkasa peranan sosial, kemasyarakatan dan keagamaan di peringkat komuniti.

Program itu turut menerima maklum balas positif dan komitmen tinggi daripada semua peserta yang hadir.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program MyLesen Daerah Meradong 2025 libatkan 1,635 calon
Next: Laluan masuk ke SK Riam Batu Dua dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.