Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program MyLesen Daerah Meradong 2025 libatkan 1,635 calon
  • WILAYAH

Program MyLesen Daerah Meradong 2025 libatkan 1,635 calon

Utusan Sarawak 14 hours ago
TANDA KENANGAN… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong 

BINTANGOR: Program MyLesen Daerah Meradong 2025 mencatat penyertaan seramai 1,635 calon bagi Ujian Praktikal Bahagian 2 dan 3.

Hadir bagi merasmikan simbolik pelancaran ujian tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan semua pihak yang terlibat. 

“Program ini memberi peluang kepada golongan belia dan masyarakat setempat untuk mendapatkan lesen motosikal B2 dengan kos berpatutan. 

“Ujian praktikal dijalankan oleh pegawai JPJ bagi menilai kemahiran peserta menunggang motosikal mengikut piawaian keselamatan dan peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Bahagian 2 melibatkan ujian kawalan di litar, manakala Bahagian 3 pula menilai kecekapan menunggang di jalan raya sebenar,” katanya ketika berucap di program tersebut, semalam. 

Katanya, program MyLesen merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat, khususnya golongan belia dan B40 memperoleh lesen motosikal sah serta meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna motosikal.

“Pelaksanaan program ini di Daerah Meradong mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan agensi pelaksana dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan pengguna jalan raya terus terpelihara,” katanya. 

Turut hadir Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Nurul Fairezzah Safri, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung, Nguan Seng dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Safiee Ahmad ziarah dan santuni keluarga Allahyarham Hassan Kelai
Next: PERKIM, IPD Lawas anjur program pengurusan jenazah tingkat kefahaman fardu kifayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.