Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Khatifah Remi dinobat johan pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Khatifah Remi dinobat johan pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
TAHNIAH….Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffery Kendawang

BINTANGOR: Ikan seberat 0.6 kilogram membawa tuah kepada Khatifah Remi apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025 anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor di tebingan Sungai Bintangor, semalam.

Pertandingan yang bermula pada 7.30 pagi itu menarik penyertaan seramai 84 peserta.

Tempat kedua dimenangi oleh Dyg Norasimah Abg Mohd dengan tangkapan ikan seberat 0.39 kilogram, membawa pulang wang tunai RM350, peralatan memancing dan trofi.

MERIAH…Antara peserya yang menyertai pertandingan memancing anjuran BBP Bintangor sempena Pesta Meradong 2025. Foto BBP Bintangor

Tempat ketiga disandang oleh Awangku Saifuddin dengan tangkapan 0.37 kilogram, membawa pulang RM200, peralatan memancing dan trofi.

Tempat keempat milik Suhaili (0.364kg) menerima RM150 beserta peralatan memancing, manakala Stallone Ngadan berkongsi tangkapan sama (0.364kg) di tempat kelima, membawa pulang RM100 dan peralatan memancing.

FOKUS…Para peserta sedang fokus memancing. Foto BBP Bintangor 

Bagi kategori khas, Wong Huong Soon memenangi kategori terpantas selepas menaikkan ikan dalam masa tiga minit, manakala Wong Siong Ying menggondol kategori tangkapan terbanyak dengan 16 ekor ikan. Kedua-dua pemenang menerima RM100 dan peralatan memancing.

Turut diadakan adalah cabutan bertuah hadiah berupa peralatan memancing sumbangan Fish Talk General Trading yang telah dimenangi oleh empat orang peserta memancing bertuah. 

Majlis ringkas penutupan pertandingan memancing dirasmikan oleh Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffery Kendawang. 

Beliau bersama Pengurus Fish Talk General Trading, Yii Chii Huat dan Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPP goes to war with illegal banners 
Next: SMK Julau cemerlang SPM 2024, sasar GPS 3.72 bagi SPM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.