
TOKYO (Jepun): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 8.50 malam Ahad waktu tempatan, disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany.
Pada keesokan harinya, Premier Sarawak dijadual menyampaikan amanat sempena sambutan ulang tahun ke-30 jalinan kerjasama antara Japanese Malaysia Association (JMA) dan Jabatan Hutan Sarawak.
Kemuncak lawatan rasmi beliau ke Jepun ialah penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star oleh Maharaja Naruhito sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam memperkukuh hubungan strategik antara Jepun dan Malaysia.
Abang Johari merupakan antara penerima Autumn Imperial Decorations 2025 yang diumumkan oleh Kerajaan Jepun baru-baru ini.- Sarawakku