
MUKAH: Pasukan Galaxtikos muncul juara Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo Mukah 2025 selepas menewaskan pasukan Black Gasper 2 dengan jaringan 4-3 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Tabo, hari ini.
Pasukan Black Gasper 1 meraih tempat ketiga selepas menewaskan KTU FT, juga menerusi sepakan penalti dengan keputusan 2-1.

Sebagai juara, pasukan Galaxtikos membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta pingat. Naib juara menerima RM700 dan pingat, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memperoleh RM500 serta RM300 bersama pingat.
Sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Belia Sukan Tabo dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabo Mukah.
Oleh Jiku Juguong