Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Tapis Bersepadu: Tiga individu ditahan di Lubok Antu dan Engkilili
  • JENAYAH

Op Tapis Bersepadu: Tiga individu ditahan di Lubok Antu dan Engkilili

Utusan Sarawak 15 hours ago

Dua lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing ditahan polis dalam operasi khas Op Tapis dan Bersepadu di sekitar Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Dua lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia awal 20-an ditahan polis dalam operasi khas Op Tapis dan Bersepadu yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu hari ini, ketiga-tiga suspek ditangkap hasil risikan dan pemantauan pasukan polis di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, serta pengawasan wajib tidak melebihi tiga tahun.

Pihak polis menegaskan komitmen untuk terus mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah itu melalui operasi berterusan dan kerjasama masyarakat.

Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah kepada pihak polis melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing antara dicekup dalam operasi dadah di Lawas
Next: Curi buah sawit demi dadah, dua lelaki ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.