Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 134 pelajar tamat persekolahan, 128 terima anugerah kecemerlangan di SMK Tinggi Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

134 pelajar tamat persekolahan, 128 terima anugerah kecemerlangan di SMK Tinggi Sarikei

Utusan Sarawak 15 hours ago
UCAPAN….Pengetua SMK Tinggi Sarikei bercap pada majlis graduasi Highians dan majlis anugerah kecemerlangan 2025 Tabung Pendidikan Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, semalam.

SARIKEI: Seramai 134 pelajar Tingkatan 5 menamatkan persekolahan mereka, manakala 128 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei (STS) layak menerima anugerah kecemerlangan pada majlis Graduasi Highians dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025 Tabung Pendidikan Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, semalam.

Pengetua SMK Tinggi Sarikei, Ong Yew Ming, berkata pencapaian tersebut mencerminkan komitmen tinggi dan usaha berterusan semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan pelajar dalam memastikan kecemerlangan sekolah terus dikekalkan.

SELAMAT DATANG….Tarian singa menyambut ketibaan Penghulu Huang Tiong Kang dan para jemputan. 

“Saya amat bangga memaklumkan bahawa seramai 134 pelajar tamat Tingkatan 5 dan 128 orang layak menerima anugerah pada tahun ini.

“Ini membuktikan semangat dan usaha gigih guru, ibu bapa dan pelajar telah membuahkan hasil yang amat membanggakan,” katanya. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, atas sumbangan besar dalam membangunkan pendidikan di STS melalui tabung pendidikan Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, sumbangan melalui tabung pendidikan ini telah membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk terus cemerlang dan berdaya saing. 

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga pendidik STS atas usaha gigih, dedikasi dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang 2025. 

“Semoga semua penerima anugerah hari ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Kepada pelajar Tingkatan 5, teruskan kecemerlangan anda dalam SPM 2025 dan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

PERSEMBAHAN MENARIK…Antara persembahan menarik oleh para pelajar. 

“Jadilah generasi Madani, yang bukan sahaja bijak ilmu, tetapi juga kaya nilai dan sahsiah,” katanya lagi. 

Turut hadir Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei, Lau Ngie Tung, Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni STS selaku kepada Pengerusi Persatuan Alumni STS, ABS Wong Siong Nee, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Dr. Chieng King Chong dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) STS, Hwang Chiong Ann. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Sibu perkukuh semangat kasih sayang dalam komuniti
Next: Pelajar digesa hargai jasa guru dan ibu bapa menjelang SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.